Tuesday, 1 November 2011
HARI PERTAMA SAYA DI PTSS . . !
HEY ! Di sini saya ingin berkongsi pengalaman tentang hari pertama saya di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Saya telah ditawarkan kursus Diploma Sains Kesetiausahaan.Saya tidak mempunyai kawan di sini. Tempat mendaftar adalah di Dewan Harum Manis.Suasana ketika mendaftar pada masa itu sangat meriah kerana terdapat ramai pelajar baru yang datang untuk mendaftar juga.Ketika hari pertama mendaftar saya berasa kekok kerana tidak mengenali sesiapa pun.Ketika beratur untuk mendaftar, orang pertama yang saya berkenalan ialah Afif Zakwan dan ketika itu baru saya tahu bahawa kami ditawarkan kursus yang sama.Selepas mendaftar saya berasa gembira kerana mendapat tahu bahawa Afif dan saya ditempatkan di dalam kelas yang sama. Kami ditempatkan di dalam kelas DSS1A.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment